7 Khasiat Buah Limau Mandarin Yang Patut Anda Tahu !
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Haa bila sampai je Tahun Baru Cina, mesti dapat or beli buah limau mandarin ni kan... Saya pun agak gilakan juga buah ni bila sampai musimnya, sebab bukan selalu ada kan huhu.. Papepun, pernah tak terfikir apa kebaikan buah limau mandarin ni? Haa... meh baca...
1- Kaya dengan Vitamin C
Dapat melindungi tubuh daripada serangan kanser, merangsang pengaliran darah serta menyembuhkan luka bahagian dalaman dan luaran dengan lebih cepat.
2- Kandungan Kalsium yang Tinggi
Dapat menguatkan gigi dan mujarab bagi meningkatkan ketahanan badan, terutamanya tulang dari ancaman osteoporosis.
3- Mengandungi Asid Folik @ Vitamin B9
Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folik setiap hari. Ia juga merupakan sumber utama bagi mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung.
4- Mengandungi Pektin
Pektin adalah serat tinggi yang larut dalam air yang telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar, di samping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
5- Berupaya mengubati asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang larutan bergaram dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan serta melindungi paru-paru daripada dijangkiti virus semula.
6- Karbohidrat yang terdapat dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam buah ini akan bertambah apabila buahnya semakin tua, namun kemasamannya pula semakin berkurangan. Buah yang mendapat sinaran matahari yang mencukupi akan mengandungi gula dan vitamin C yang lebih banyak.
7- Limau mandarin yang tergolong dalam buah-buahan sitrus ini amat baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser, selain memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit strok dalam kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin.
Komentar
Posting Komentar