5 Benda Best Kat Samsung Galaxy S9 Dan S9+

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



1. Rekaan Yang Lebih Tahan Lasak

Rekaan yang boleh dikatakan 75% kaca pada peranti ini pastinya menakutkan bagi mereka yang berjari mentega. Kerana panel kaca yang besar, peranti ini amat licin untuk dipegang. Peranti ulasan yang kami terima mengalami retakan pada panel belakang apabila terjatuh dari meja. Semua gara-gara gegaran deringan telefon. Pendek kata panel kaca yang licin dengan permukaan kaca yang besar ialah kombinasi yang menimbulkan rasa risau jika peranti tidak berkerangka (berprotector) tahan lasak.



Pada Galaxy S9 dan S9+, kerisauan ini sedikit terubat dengan penggunaan kaca Gorilla 5 yang 20% lebih tebal di bahagian hadapan berbanding tahun lalu. Kerangka peranti juga 0.2 mm lebih tebal menggunakan aluminium AL7003 yang lebih tahan lasak. Menurut Samsung kerangka baru ini lebih tahan lentur berbanding yang digunakan pada S8.

Hasilnya ialah Galaxy S9 dan S9+ adalah sekitar 0.5 mm lebih tebal berbanding kedua-dua model S8. Sungguhpun begitu, kami masih merasakan anda perlu membeli kerangka (protector) apabila menggunakan peranti yang mempunyai permukaan kaca yang luas sebagai insuran keselamatan.


2. Telefon Pintar Dengan Pakej Fungsi-Fungsi Tambahan Yang Hampir Sempurna

Lima tahun yang lalu telefon pintar hanya perlu mempunyai kamera yang baik, pemproses paling berkuasa dan storan serta RAM yang besar untuk layak dikategorikan sebagai peranti utama. Kini untuk melayakkan diri sebagai peranti utama, pelbagai fungsi lain perlu disertakan.

Samsung Galaxy S9 dan S9+ kedua-duanya menawarkan kemampuan kalis air IP68, mod desktop, imbasan anak mata (iris), pengimbas cap jari, mpengesan nadi, sokongan VR, skrin HDR, sokongan kad mikro-SD, dwi SIM, pembesar suara stereo, pengecasan tanpa wayar, NFC, Bluetooth 5.0, pengecasan pantas dan bicu audio.

Banyak peranti-peranti utama lain sudah tidak menawarkan bicu audio. Masih ada juga yang masih belum kalis air. Harga jualan Galaxy S9 bermula dari RM3299. Sekilas pandang nampak mahal tetapi kepelbagaian fungsi-fungsi tambahan yang berjaya disumbat pada peranti ini memastikan ia terasa seperti berbaloi untuk dimiliki.

Tidak melampau untuk mengatakan lebih banyak fungsi boleh dinikmati pengguna S9 dengan setiap ringgit yang dibelanjakan berbanding iPhone X.


3. Kamera Dengan Bukaan Boleh Ubah Dan Zoom Optikal

Tahun demi tahun kemampuan kamera telefon pintar semakin meningkat. Dalam kebanyakan situasi, kamera telefon pintar kelas utama (first-class smartphone) boleh memenuhi 90% keperluan harian kami sebagai wartawan teknologi. Tahun lalu Galaxy S8 mempunyai antara kamera terbaik. Kali ini kemampuan kamera telah dipertingkatkan sehingga dinobatkan kamera terbaik oleh DXOMark.

Sistem kamera boleh ubah mengubah nilai bukaan dari f/1.5 ke f/2.4 mengikut pencahayaan sekeliling secara automatik. Ini menjanjikan kemampuan mengambil gambar yang baik walaupun di dalam situasi yang gelap. Perisian kamera juga dipertingkatkan bagi mengurangkan noise pada gambar.

Pada Galaxy S9+ pula, terdapat sokongan zoom optikal 2X buat pertama kali untuk peranti Galaxy S menerusi penggunaan dwi-kamera. Ini meletakkannya setanding dengan peranti-peranti utama yang telah menawarkan fungsi ini sejak dua tahun yang lalu. Fungsi Live Focus juga hadir sekali dengan penggunaan dwi-kamera


4. Perisian Kamera Yang Dipertingkatkan Dengan Rakaman 4K 60 Dan Gerak Perlahan 960FPS

Perkakasan kamera yang baik tidak bermakna tanpa perisian yang baik. Ini ialah masalah yang sering kami temui pada peranti Sony. Pada Galaxy S9 terdapat pelbagai fungsi baru pada perisian yang memudahkan operasi kamera. Sebagai contoh kini terdapat sokongan rakaman video pada tetapan tertinggi 4K 60FPS. Aksi gerak perlahan kini boleh mencecah 720p 960FPS atau 1080P 240FPS.

Menarik mengenai mod gerak perlahan S9 ialah terdapat sistem rakaman gerak perlahan automatik. Apabila subjek memasuki bingkai berbentuk empat segi yang ditetapkan pengguna, rakaman gerak perlahan akan diaktifkan. Ia akan dihentikan apabila subjek keluar dari kotak yang sama.

Pada Galaxy S9+ pula, mod bokeh kini mempunyai fungsi baru Bokeh Filter. Bentuk sumber cahaya di dalam mod bokeh boleh diubah mengikut beberapa penuras yang telah ditetapkan. Bokeh yang terhasil kelihatan lebih artistik menggunakan mod ini.


5. Audio Stereo Dengan Dolby Atmos

Antara kekurangan Galaxy S8 ialah tiada sokongan pembesar suara stereo. Ia kekurangan yang ketara kerana sistem pembesar suara stereo telah diperkenalkan oleh HTC One M7 sejak 2013. Penantian selama lima tahun untuk fungsi ini berakhir dengan Galaxy S9. Pembesar suara yang digunakan ditala oleh AKG untuk kualiti audio terbaik serta mempunyai sokongan Dolby Atmos. Rungutan pengguna selama bertahun lamanya akhirnya didengari Samsung.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Komentar

Postingan populer dari blog ini

7 Khasiat Buah Limau Mandarin Yang Patut Anda Tahu !

8 Khasiat 'WOW' Terung (No 8 Penting Untuk Lelaki)

Lirik Autotune Band - Mengapa? (Panama Cover)